Followers

Tuesday, March 6, 2012

BAB 2: PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGENALAN
  • guru memaikan peranan sebagai pembimbing, penyelaras atau fasilitator.
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF
  • Ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran
persekitaran fizikal
  • susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah
  • sumber bahan pembelajaran
  • ruang/sudut pembelajaran
  • ruang pada dinding
  • pencahayaan, pengudaraan dan perabot
  • kebersihan
persekitaran psikososial
  • susana selsa dan mesra
  • bebas daripada ancaman bahaya fizikal
  • perasaan diterima
  • sensitif dan peka kepada perbezaan individu
  • suasana yang meransang pembelajaran
  • mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea
  • menggalakkan pembelajaran koperatif
  • peluang yang sama untuk semua murid
peraturan dan rutin bilik darjah
(ialah kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalm bilik darjah)
  • ayat peraturan mesti ringkas dan jelas
  • peraturan yang dibentuk seeloknya bermakna dan dipersetujui oleh murid di dalam bilik darjah dan akan lebih berkesan jika guru membentuk peraturan bersama murid
  • hadkan bilangan peraturan
  • peraturan adil dan bertujuan membantu proses pembelajaran
  • selaras dengan peraturan sekolah dan tidak bercanggah dengannya
PENGURUSAN PENTAKSIRAN DI DALAM BILIK DARJAH
  • DUA PROSES
    • PENGUKURAN - penggunaan alat untuk mengumpulkan nilai kuantitatif atau maklumat pencapaian pembelajaran individu.
    • PENILAIAN - proses membuat keputusan berdasarkan hasil daripada pengukuran.
  •  pentaksiran yang berkesan ada dua ciri:-
    • kesahan - sejauh mana alat yang digunakan untuk mengukur menepati tujuannya atau mengukur perkara yang sepatutnya diukur
    • kebolehpercayaan - merujuk kepada ketekalan ujian atau sejauh mana ujian yang sama dapat memberikan keputusan yang sama jika ditadbir beberapa kali dalam masa yang berbeza.
  • dua bentuk pentaksiran
    • formatif - sebelum dan semasa pengajaran. bertujuan mengesan kemajuan murid dan sejauh mana objektif pengajaran tercapai
    • sumatif - dilaksanakan hujung semester atau penggal untuk memperoleh pencapaian murid dan bertujuan untuk pemberian gred dan sijil
  •  pentaksiran yang efisien dapat meningkatkan motivasi serta pembelajaran murid. murid terdorong untuk mmberikan perhatian dan berusaha lebih jika mereka tahu akan dinilai.
  • pentaksiran yang tidak efisien boleh melemahkan semangat murid untuk belajar, menimbulkan rasa tidak puas hati, kurang bermotivasi dan mungkin masalah tingkah laku.
proses penyediaan ujian dan peperiksaan
  • kekerapan ujian dalam satu penggal atau semester
  • tarikh ujian dan peperiksaan
  • menggubal soalan ujian
  • tempoh masa setiap ujian
  • ujian atau peperiksaan mesti adil dan seharusnya dibentuk berdasarkan pengetahuan atau kemahiran yang telah diajar
  • soalan-soalan ujian harus merangkumi tahap pemikiran selain daripada peringkat pengetahuan
  • bincang dengan guru mata pelajaran lain
  • murid dimaklumkan tentang ujian (membuat persediaan awal)
  • biasakan murid dengan format ujian atau peperiksaan
pentadbiran ujian atau peperiksaan (langkah-langkah)
  1. sediakan persekitaran selesa
  2. benarkan murid masuk awal ke kelas dan mengambil tempat duduk masing-masing
  3. murid seharusnya sudah bersedia 10 minit lebih awal. masa 10 minit digunakan untuk memberikan arahan atau peraturan
  4. mencatat kehadiran murid semasa ujian/peperiksaan
  5. pen tadbiran ujian dan peperiksaan mempunyai kesan ke atas sikap murid
pengurusan sumber maklumat murid
  • ibu bapa perlu menisi BORNAG MAKLUMAT MURID ia bertujuan untuk membantu pihak sekolah dalm pengurusan berkaitan hal ehwal murid.
    • maklumat ibu bapa/penjaga
    • tanggungan ibu bapa/penjaga
    • maklumat murid
    • maklumat bantuan yang diterima murid
penyimpanan data peribadi murid
  • kad rekod persekolahan murid sekolah rendah 001R
    • buku rekod guru kelas
    • buku laporan
    • buku kedatangan murid
sumber: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku oleh Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel)

p/s: ini ringkasan sahaja.. saya buat ini untuk mengulangkaji pelajaran dan sebgai rujukan

No comments:

Post a Comment